PENTING: Klik Disini Sebelum Anda Ke Katalog Produk

Perhatian

 

Cara Pengunaan Katalog Produk

Katalog produk kami bertujuan untuk anda meninjau dan mengenali produk kami. Itu sebabnya anda akan dapati anda tidak boleh klik dibahagian untuk anda masukkan produk kedalam troli. Jika anda berpuashati dan ingin membelinya, anda perlu menghubungi kami terlebih dahulu. Akaun anda akan dibuka. Kami akan memberi anda USERNAME dan PASSWORD supaya anda boleh Login.

 

Sila hubungi talian Zaimal Sdn Bhd di 03-7842 2331 atau emelkan permasalahan ke: enquiry@zaimal.com. Anda juga boleh menggunakan Contact form (terletak dibahagian kiri) yang disediakan dilamanweb ini. Atau Klik Disini untuk terus ke Borang Pertanyaan yang disediakan di Laman rasmi Zaimal Sdn Bhd.

Kenapa anda perlu mendapat kebenaran Pihak Pengurusan sebelum akaun pembelian diaktifkan dan seterusnya membolehkan anda membuat pembelian online?

Ini kerana, kami tidak membenarkan seseorang individu itu memilih mana-mana produk kami yang disukainya tanpa merujuk atau mendapatkan khidmat nasihat daripada Pakar Perunding Kecantikan kami terlebih dahulu. Perkara ini dilakukan untuk kebaikan pengguna Zai's Beauty Formula supaya mereka benar benar berpuashati.

Seperti yang anda telah maklum dan seperti yang tertera dalam katalog online ini, Sistem Produk Kecantikan Zai's Beauty Formula adalah unik dan berbeza dari sistem produk kecantikan lain dalam pasaran. Kami tidak menggunakan sistem [3step skincare product -jenis cleanser, toner, mositurizer(anti aging serum, krim pelempap pelbagai jenis etc), dan untuk menambahkan keuntungan "bisiness" ditambahkan pula produk jeins krim mata, krim leher, krim jerawat...1001 pula jenis krim tambahan untuk meningkatkan "SALES"] yang diamalkan oleh "mass beauty product formulary" for contract manufacturing.

Sistem yang diamalkan oleh Zai's Beauty Formula berdasarkan beberapa jenis produk "pembaikpulih" yang digabungkan untuk menangani masaalah pelanggan. Sistem profesional begini memerlukan khidmat nasihat dari Pakar Perunding Kecantikan Zai's Beauty Formula yang dilatih oleh Dr Tunku Zaidar(Pencipta Produk dan Rawatan Sistem Kecantikan Zai's Beauty Formula). Gabungan produk yang salah dan cara penggunaan produk yang salah tidak akan memberi kesan yang anda harapkan dan ini hanya merugikan pelanggan dan pengguna Zai's Beauty Formula.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh hubungi talian Zaimal Sdn Bhd di 03-7842 2331 atau emelkan permasalahan ke: enquiry@zaimal.com. Anda juga boleh menggunakan Contact form (terletak dibahagian kiri) yang disediakan dilamanweb ini. Atau Klik Disini untuk terus ke Borang Pertanyaan yang disediakan di Laman rasmi Zaimal Sdn Bhd. Selepas mendapat khidmat nasihat dari Pakar Perunding Kecantikan kami, dan anda sudah bersedia mendapatkan produk, sila hubungi kami untuk mengaktifkan Akaun anda supaya anda dapat membeli produk cara online di ZBFbeautyShop ini.

Jika anda tinggal di Selangor atau Lembah Kelang, bolehlah ke salah satu cawangan salon kami yang berada di sekitar Lembah Klang, iaitu sama ada di TTDI (03-7727 3457), Ampang (03-4257 3457), Subang Jaya (03-5635 4835), Shah Alam (03-5880 5658), ataupun di Bangi (03-8925 8457). Di galakkan agar saudari menghubungi salon terlebih dahulu untuk membuat temujanji sebelum ke sana. Di salon, pembayaran produk boleh dilakukan sama ada secara tunai, kad bank atau kad kredit.

Walaubagaimanapun, silalah lihat Katalog Produk yang kami sediakan disini.

Terima Kasih, Sebarang Kesulitan Amat Dikesali

 

Pengurusan Zaimal Sdn Bhd